Wednesday, June 4, 2014

Aktiviti-aktiviti PSS

Sejarah PSS



SJK(C) KEOW KUANG diwujudkan hingga sekarang, agaknya sudah melebihi 50 tahun. Pada akhir tahun 1985 , berkat usaha gigih Lembaga Pengurus dan PIBG, SJK C Keow Kuang telah menjadi sebuah sekolah yang canggih.

Memandangkan peranan pusat sumber sekolah semakin penting dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, maka pihak sekolah telah menetapkan sebuah bilik darjah untuk kegunaan perpustakaan yang terletak di tingkat dua dan sebuah bilik darjah lagi untuk kegunaan bilik ABM yang berkongsi dengan bilik tayangan.

Kini koleksi bahan bukan cetak dan bahan bercetak bertambah dari semasa ke semasa. Untuk menampung koleksi bahan yang bertambah, kewujudan PSS sebagai “ Nadi Kurikulum Sekolah “ adalah sangat-sangat diutamakan. Perpustakaan telah dipindahkan ke bilik baru yang berukuran 1 bay pada tahun 2007.

Pengurusan dan pentadbiran PSS bagi pinjaman bahan cetak sekarang telah dioperasi secara pengautomasian. Di harap pelajar dapat mengoptimasikan penggunaan PSS. Selain itu, diharap juga pelajar-pelajar dapat menjana minda dalam menuju ke arah kecemerlangan diri, sekolah dan negara.